Bengkel Penyediaan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Dan Team Building KPD 2023 [2023-11-03]


Bengkel Penyediaan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Dan Team Building KPD telah diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2023 bertempat di Shangri-La Rasa Ria, Kota kinabalu bagi melihat semula sistem dan prosedur, tatacara kerja dan governans lama serta memperbaiki aspek tatakelola dalam usaha meningkatkan integriti serta pencapaian KPD. Bengkel tersebut juga sebagai medan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim antara kakitangan baharu dengan pihak pengurusan.